Penggunaan lain PlayStation_3

Superkomputer

Spesifikasi yang terdapat dalam konsol PlayStation 3 ini digunakan untuk mencipta superkomputer[30]. Pada 3 Januari 2007, Dr. Frank Mueller, Profesor Madya dalam Sains Komputer di NCSU menggabungkan 8 kelompok PlayStation 3[31]. Mueller mengatakan bahawa memori sistem yang terdapat dalam konsol ini tidak mampu menjalankan beberapa aplikasi yang memaksa beliau untuk menggabungkan konsol ini bersama[32]. Perisian yang dijalankan beliau termasuklah Fedora Core 5 Linux ppc64, MPICH2, OpenMP v 2.5, GNU Compiler Collection dan CellSDK 1.1[33]. Sebagai jalan alternatif kepada penjimatan kos untuk membeli superkomputer yang biasa, pihak tentera Amerika Syarikat juga membeli beberapa konsol PlayStation 3 dan digabungkan sebagai superkomputer bertujuan untuk melakukan kajian[34].

Pada November 2010, Makmal Penyelidikan Air Force (AFRL) membina superkomputer yang berprestasi sangat tinggi dengan menggabungkan 1,760 konsol PlayStation 3 termasuklah 168 cip mikropemproses untuk grafik dan 84 pelayan yang menyelaras kesemua proses yang mampu melaksanakan sebanyak 500 TFLOPS[35]. Superkomputer ini merupakan superkomputer ke-33 terbesar di dunia dan digunakan untuk menganalisis imej berdefinisi tinggi yang dihantar dari satelit[36].

Pada Disember 2008, sekumpulan penggodam menggabungkan 200 konsol PlayStation 3 untuk menggodam sekuriti SSL[37].

Perubatan

Pada 22 Mac 2007, Sony Computer Entertainment dan Universiti Stanford melebarkan projek Folding@home kepada konsol PlayStation 3[38]. Pengguna PlayStation 3 akan bersama-sama dengan beribu-ribu komputer lain membantu dari segi kuasa dan prestasi komputer bertujuan untuk mengkaji ketidakseimbangan protin dalam badan dan penyakit yang berkaitan seperti Alzheimer, Parkinson, Huntington dan beberapa jenis kanser[39]. Perisian yang berkaitan dengan kajian ini merupakan sebahagian daripada kemaskini perisian sistem operasi PlayStation versi 1.6 (22 Mac 2007) dan pengguna boleh memilih sama ada ingin dijalankan secara manual atau automatik apabila PS3 tidak digunakan menerusi antara muka XrossMediaBar. Kuasa pemproses dari kesemua konsol PlayStation 3 banyak menyumbang kepada projek ini dan PlayStation 3 menduduki tangga ketiga di belakang pemproses NVIDIA dan AMD dari segi sumbangan FLOPS[40]. Pada November 2012, Sony mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan servis ini kepada pengguna PlayStation 3 menerusi kemaskini sistem versi 4.30[39].

eHiTS Lightning merupakan perisian untuk saringan perubatan maya pertama dikeluarkan untuk PlayStation 3, dan dikeluarkan oleh pembangun SimBioSys[41][42]. Aplikasi ini mampu dijalankan 30 kali lebih pantas pada konsol PlayStation berbanding dengan komputer biasa.


Rujukan

WikiPedia: PlayStation_3 http://www.simbiosys.ca/ehits/index.html http://arstechnica.com/security/news/2009/11/sony-... http://www.bio-itworld.com/issues/2008/july-august... http://blog.cleveland.com/metro/2010/11/defense_de... http://www.consolewatcher.com/2006/08/building-sup... http://www.engadget.com/2008/12/30/hackers-playsta... http://www.gamespot.com/downloads/6158499 http://www.gamespot.com/news/2005/05/16/news_61246... http://ps3.ign.com/articles/614/614682p1.html http://ps3.ign.com/articles/636/636848p1.html